#throwback 4 tahun dulu, Metro Ahad, 2 June 2013. custom.my dahulunya bermula dengan menjual couple shirt. ya, couple shirt ready made. Masatu hanya saya seorang saja. Saya lah handle sales, sayalah pack baju, sayalah admin check duit bayar duit, sayalah marketing, saya jugalah designer. End-to-end seorang je. Masa tu belum ada team lagi seperti sekarang ni. Market masa tu luas, marketing pun agak mudah, sebab kat Malaysia tak ramai jual couple shirt online. Belum ada orang tiru, kalau adapun sikit. Stock mereka sikit, stock kami banyak design menarik. Sales pun ok, dengan 60% orang Malaysia, 40% warga luar negara yang kebanyakan dari USA. Sampai boleh hafalla kod negeri USA tu. Masatu juga, belum sempat introduce diri orang dah panggil "sis", "dear", "adik".. Depa ingat kita pempuan agaknya.. Depa taktau kita ni bro.. Layan ajela.. Kebanyakan customer ni perempuan, nak beli utk pasangan depa. Sebelum produce design sendiri. Kena source pelbagai supplier. Ambil stock dari China, dari Indonesia, dan dari Malaysia pun ada. Sekali restock beratus pasang, nak dapat harga murah kene beli banyak. Laku belum tentu. Jadi kenela pilih design yg boleh jual. Nak cari supplier bila dah famous tak susah dah lpastu, supplier akan datang offer best price dgn kita. Itulah kenangan dgn coupleshirt..heheh Alhamdulillah dari situ dapat simpan duit untung untuk produce design sendiri, dan juga kembangkan jadi syarikat printing yang ada sekarang ni. Sekarang alhamdulillah team dah ada beberapa orang. Kami pun dah syarikat Sdn Bhd. Dan kami akan terus berkembang dengan sokongan dan doa kalian semua, InsyaAllah. Kami juga berjanji akan pertingkatkan lagi servis dan kualiti produk kami dan masa ke masa. BR, akram via Instagram
http://bit.ly/2sNnyvC