Percetakan
Digital Kemeja-T (Digital Print T-Shirt) VS Percetakan Skrin Kemeja-T (Screen
Print T-Shirt):
Manakah
yang terbaik dan perlu anda pilih?
Apakah yang akan
anda pilih sama ada percetakan
digital kemeja-T vs percetakan skrin kemeja-T? Ini sebenarnya adalah
soalan yang paling kerap ditanya oleh orang-orang yang ingin menggunakan salah
satu servis tersebut. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua proses percetakan
sebenarnya telah digunakan oleh kebanyakan syarikat di dunia ini terutamanya
dalam segmen cetakan kemeja-T. Buat pertama kali, kami akan memberikan anda
jawapan di dalam artikel ini. Antara kedua-dua proses percetakan ini, tiada
yang lebih baik sebenarnya. Adalah lebih baik apabila anda boleh memilih proses
yang paling sesuai dengan keperluan anda atau dengan apa yang anda sedang cetak
sekarang. Semak jawapan seterusnya di perenggan yang berikutnya.
Semak Warna dan Bahan-bahan
Jika jawapan kami
mengenai percetakan
digital kemeja-T vs percetakan skrin kemeja-T masih tidak memuaskan
anda, kami akan memberikan penjelasan yang lebih lanjut. Kami telah katakan
bahawa ia harus bergantung kepada apa yang anda sedang cetak sekarang ini.
Sudah tentunya kedua-dua proses mempunyai kelebihan dan kelemahan
masing-masing. Terlebih dahulu anda perlu mengetahui butiran atau ciri-ciri
fabrik anda. Adakah ianya kapas ataupun kain? Itulah persoalan biasa yang perlu
anda jawab sebelum mempertimbangkan proses percetakan. Kemudian, periksa berapa
banyak warna yang ada pada reka bentuk anda. Adakah warnanya lebih terang
mahupun lebih tekal (solid) ataupun lebih gelap? Setelah anda pertimbangkan
kedua-dua soalan tersebut, sila ke bahagian seterusnya.
Percetakan Skrin
Sekarang, kita
akan ke sebahagian daripada percetakan
digital kemeja-T vs percetakan skrin
kemeja-T sebagai penjelasan awal. Kami mulakan dengan definisi dan
kaedah yang selalu digunakan oleh proses percetakan skrin. Percetakan skrin
atau lebih dikenali sebagai percetakan skrin sutera (silk screen printing)
pertama kali dicipta pada tahun 1907. Dalam erti kata lain, proses percetakan
ini adalah proses percetakan yang paling tua di abad ini. Jika anda ingin tahu
siapakah penciptanya, beliau adalah Samuel Simon Matthew Atere-Roberts yang
berasal dari negara England. Pelbagai langkah digunakan dalam proses percetakan
skrin. Kebiasaannya proses ini bermula dari mereka cipta bentuk (design) atau
imej. Kemudian, ianya diproses ke dalam skrin melalui pemanasan atau sistem
pembakaran. Akhir sekali, dakwat akan digunakan untuk mencetak reka bentuk ke
atas pakaian.
Kelebihan Percetakan Skrin
Apakah kelebihan
percetakan skrin? Ini adalah penting untuk dijelaskan kepada sesiapa yang ingin
mengetahui jawapan maksimum kepada percetakan digital kemeja-T vs percetakan skrin kemeja-T.
Kelebihan percetakan skrin dapat disenaraikan seperti berikut. Pertama, ia
adalah sangat kos efektif. Ya, anda hanya memerlukan dakwat untuk mencetak reka
bentuk anda. Kedua, kualiti kemeja-T yang dicetak adalah sangat tinggi.
Hasilnya, anda boleh melihatnya dengan jelas sebagai hasil kerja yang profesional. Ketiga, reka bentuk di atas
produk atau kemeja-T tidak akan hilang untuk jangka masa yang panjang. Dalam
erti kata lain, ia adalah sangat tahan lama. Akhir sekali, anda boleh
menggunakannya untuk sebahagian besar atau besar projek-projek kerana
kualitinya yang terperinci dan memudahkan.
Kekurangan Percetakan Skrin
Jika ada
kelebihan, terdapat juga kekurangan atau kelemahan percetakan digital kemeja-T vs percetakan skrin
kemeja-T. Setelah mengetahui beberapa kelebihan percetakan skrin di atas,
ia tidak bermakna percetakan skrin ini tidak ada kekurangan. Pertama sekali,
proses percetakan ini adalah sangat memakan masa untuk ditubuhkan (set up).
Yang pasti, ia mengambil banyak masa anda. Kedua, ia tidak efektif untuk
pesanan yang minimum. Ini bermakna bahawa kerja-kerja yang memakan masa pastinya
tidak boleh dibandingkan dengan kuantiti yang minimum. Jika anda tidak bernasib
baik, kadang-kadang produk ini menjadi terlalu tebal. Akhir sekali, imej atau
reka bentuk yang beresolusi tinggi mungkin tidak akan setinggi resolusi foto asal dalam proses percetakan
ini.
Percetakan Digital Kemeja-T VS
Percetakan Skrin Kemeja-T: Percetakan Digital
Seterusnya, kita
akan ke musuh percetakan skrin iaitu percetakan digital. Ya, anda tidak akan
menjawab yang mana satu adalah lebih baik di antara percetakan digital kemeja-T vs percetakan skrin
kemeja-T jika anda hanya tahu pada sebelah pihak sahaja, bukan? Secara
jelasnya, percetakan digital adalah lebih muda daripada percetakan skrin.
Kaedahnya ialah dengan mereka bentuk secara langsung ke pakaian. Dalam erti
kata lain, anda boleh terus memanaskan reka bentuk tersebut dan cetakkan ke
atas fabrik atau kain. Ini juga adalah kelebihan pertama menggunakan percetakan
digital. Ia lebih mudah digunakan berbanding dengan percetakan skrin. Selain
itu, ia hanya perlukan tiga langkah untuk dilakukan. Muat turun grafik atau
reka bentuk melalui komputer; memindahkan reka bentuk tersebut ke mesin
pencetak dan panaskan reka bentuk tersebut. Oleh itu, ia adalah sangat berguna untuk
mencetak dalam jumlah atau kuantiti yang lebih sedikit, bukan?Tetapi tidak
bermakna ia langsung tidak mempunyai kelemahan. Proses percetakan memerlukan
lebih banyak masa untuk menyiapkan terutamanya untuk kuantiti yang banyak dan
ia hanya berfungsi untuk fabrik-fabrik yang tertentu sahaja. Ya, sekarang kami
percaya bahawa anda sudah boleh memilih antara percetakan digital kemeja-T vs percetakan skrin kemeja-T.